Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 Ke 5 Destinasi Warisan dan Sejarah Di Melaka

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang sangat popular. Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 sekali lagi meneruskan perjalanan untuk di hari yang terakhir menjelajah Negeri Melaka. 


Taman Rama-Rama dan Reptilia

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka merupakan salah satu lokasi pelancongan yang paling menarik dan sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur. Terdapat pelbagai spesies serangga yang bakal menarik perhatian pengunjung yang datang. 


Selain beribu-ribu rama-rama yang jinak ada di sini, taman ini juga mempunyai kolam ikan koi, habitat buaya serta 50 spesies ulat beluncas dan pokok perumah seperti Clipper, Archduke, Indian Leaf, Common Mime, Malayan Eggfly, Malay Lacewing dan Dark Blue Tiger.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Taman Rama-Rama dan Reptilia

 
 
 
 

Harga Tiket :

 

Warganegara

Bukan Warganegara

Dewasa

RM 22.00

RM 22.00

Kanak-Kanak

RM 16.00 (3-12 tahun)

RM 16.00


Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
No. Telefon : 06 - 232 0033
Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang
Facebook : Taman Rama-Rama

Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN

Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN merupakan taman kebudayaan yang terletak di Ayer Keroh. Di sini, terdapat binaan seni bina tradisional yang mewakili 13 buah negeri di Malaysia dan dilengkapi dengan pelbagai barangan, seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya setiap negeri. 



AWESOME! ADAT DAN BUDAYA DI MALAYSIA DAPAT DILIHAT DI TAMAN MINI MALAYSIA, MELAKA

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah
  • Kenali permainan tradisional Malaysia
  • Kenali tarian budaya dan belajar tarian budaya
  • Dapat melihat semua jenis rumah tradisional di Malaysia
  • Kiddie Park
  • Aktiviti lain seperti memancing, kemudahan perkhemahan, petting zoo, permainan tradisional, telematch, demonstrasi lukisan batik, demontrasi gasing, demonstrasi memasakn. tarian kebudayaan dan menunggang kuda.
Harga Tiket :

 

Warganegara

Bukan Warganegara

Dewasa

RM 10.00

RM 15.00

Kanak-Kanak

RM 5.00

RM 7.00

Pelajar

RM 7.00

RM 10.00


Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
No. Telefon : 06 - 234 9988
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang (Ahad Tutup)

Perkampungan Hang Tuah

Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 meneruskan lagi penerokaan ke kawasan Duyong di mana terdapat lokasi Perkampungan Hang Tuah. 



Apa tarikan yang ada di Perkampungan Hang Tuah?

Kat sini anda bolehlah kalau nak tahu serba sedikit tentang kisah Laksamana Hang Tuah. Kat sini juga terdapat rumah-rumah Melayu Melaka dan muzium serta artifak sejarah perkembangan Melaka.



Harga Tiket :

 

Warganegara

Bukan Warganegara

Dewasa

RM 5.00

RM 10.00

Kanak-Kanak

RM 3.00

RM 5.00


Alamat : Kampung Jabatan Duyong, 75460 Melaka
No. Telefon : 06 - 293 0028
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.30 petang

Galeri Demang Abdul Ghani

Rumah Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid yang terletak di Merlimau merupakan antara Rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan tercantik hari ini. Rumah Penghulu ini mempunyai seni bina yang sangat unik dengan gabungan gaya seni bina Melayu, Cina dan Eropah. Rumah ini pernah didiami oleh seorang ketua masyarakat yang menjawat jawatan sebagai Demang atau Ketua Penghulu iaitu Penghulu Abdul Ghani bin Abdul Majid dan juga anaknya Penghulu Natar bin Abdul Ghani.Segala peralatan perabot di rumah tersebut adalah gaya Eropah seperti meja, almari, kerusi dan katil yang jauh berbeza dengan cara Melayu yang pada kebiasaannya duduk bersila.


Harga Tiket :

 

Warganegara

Bukan Warganegara

Dewasa

RM 3.00

RM 5.00

Kanak-Kanak

RM 2.00

RM 3.00


Alamat : Taman Merlimau Jaya, 77300 Melaka
No. Telefon : 06 - 284 1934
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.30 petang (Isnin Tutup)

Sungai Kesang (Sungai Viral) di Sungai Rambai


Kunjungan terakhir sebelum Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 pulang menjalani kehidupan harian iaitu di sungai yang viral sewaktu PKP yang mana airnya sangat jernih dan cantik itu. Di sini, para peserta hanyalah berehat dan santai sambil diberikan hadiah dan sijil penyertaan setelah 3 hari berjaya menjelajah Negeri Melaka. 





Alamat : Sungai Kesang, Melaka

Tiga hari Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 meneroka Negeri Melaka. Banyak sungguh destinasi pelancongan yang unik di Melaka, baik tempat bercuti, kawasan bersejarah, resort, taman tema, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya. Semoga panduan 3 episod tempat menarik di Melaka yang ringkas ini memberi inspirasi kepada anda untuk bercuti ke sini.




Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment