Takde Idea Nak Bawak Anak-Anak Berjalan? Saksikan Pinky the Gibbon Pindah Rumah Baru Di Upcycled Floating Island, Sunway Lagoon

Bercuti dan bermain di Taman Tema Air sememangnya ditunggu-tunggu kanak-kanak. Manakan tidak, setiap kali cuti tidak kira cuti hujung minggu mahupun cuti sekolah, inilah masanya mereka tidak perlu bangun pagi untuk bersiap-siap ke sekolah. Bagi ibu bapa pula, pastinya sudah terfikir-fikir tempat menarik mana yang nak bawa anak-anak pergi bercuti. 

Jadi, di sini kami mungkin boleh bantu anda. Apa kata kalau anda ke Sunway Lagoon Malaysia kerana ada kejutan menarik dari Pinky, puteri Gibbon yang akan berpindah ke rumah baru yang terletak di pulau buatan manusia yang juga dikenali sebagai "Upcycled Floating Island".

Pinky the Gibbon ini bertangan putih dan berumur 15 tahun. Dan paling menarik, dia sangat bijak dan nakal. Gibbon ini turut dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), di mana ia merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulu gibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat gelap dan perang. Tangan dan kaki gibbon berwarna putih serta mempunyai kolar berwarna putih. Gibbon mempunyai muka yang berwarna hitam.



Kalau nak tahu lagi, Upcycled Floating Island itu diperbuat daripada sisa kitar semula lebih daripada 300 kilogram seperti kepingan Styrofoam, botol plastik & tong klorin yang dipromosikan oleh United Nation's global Sustainable Development Goals (SDGs). Bukan sahaja nampak cantik dan comel, tetapi Upcycled Floating Island buatan manusia ini mampu melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari.

Upcycled Floating Island merupakan hasil titik peluh daripada lapan orang dan pembinaan pulau ini mengambil masa selama 14 bulan. Dianggarkan kos pulau ini mencecah sehingga RM150,000.00. Antara keunikan yang terdapat di pulau ini adalah ia terapung di tengah tasik dan penjaga zoo akan menaiki bot untuk memastikan setiap keperluan di pulau dan Pinky terjaga.


Apa yang lebih menarik lagi, anda juga berpeluang memberi ikan makan di "What the Fish?" di tasik tersebut. Di tasik ini antara ikan air tawar yang boleh didapati adalah Ikan Merah Malaysia (Kelah Merah), Jawa Barb (Lampam Jawa), Rohu, Bala Shark (Ikan Hias Tutung), Ikan Sultan (Jelawat), Giant Gourami (Ikan Kaloi), Arapaima, Bighead Carp dan Tinfoil Barb (Lampam - ikan hias).

Malah bukan itu sahaja. Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman di "Pontoon Boat Tour". Di sini, anda akan dibawa mengelilingi tasik dan melihat Pinky the Gibbon dengan lebih dekat. 

Tiket bermula RM138 untuk dewasa dan RM113 untuk kanak-kanak dan warga emas serta boleh bermain dan mandi-manda dengan setiap aktiviti yang ada di Theme Park. Jadi, apa tunggu lagi, kunjungi Sunway Lagoon Malaysia untuk melihat Pinky the Gibbon yang bijak! 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway Lagoon, anda boleh layari laman web di www.sunwaylagoon.com

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment