Unik dan 'Fun', Peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 Nikmati Pengalaman Agro Pelancongan

Bangun pagi dan nikmati keindahan di hari kedua sambil ditemani kesegaran angin sepoi-sepoi bahasa pasti buatkan hari ini lebih semangat dan gembira. Mana tidaknya, hari kedua ini para peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 akan lakukan lebih banyak aktiviti menarik dan menyeronokkan di samping dapat meneroka tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 di sekitar Hotel MITC

Destinasi pertama peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 tuju adalah ke Kompleks Japerun yang terletak di Rembia bagi menyempurnakan majlis pelepasan peserta di Melaka oleh YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka.



 

Homestay Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah

Apa yang menarik dan ada di Homestay Kampung Ayer Limau? Tahukah anda Homestay Kampung Ayer Limau adalah salah satu homestay yang diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Homestay Kampung Ayer Limau ini terletak di Masjid Tanah. 

Homestay Kampung Ayer Limau ini menawarkan anda satu pengalaman luar biasa bila menginap di sini kerana ia mempunyai ciri berbeza dan unik pada setiap homestay yang anda menetap. Selain itu, Homestay Kampung Ayer Limau juga menyediakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan tradisional kepada pelancong yang datang tidak kira pelancong dari dalam mahupun luar negara. 

Memang sampai sahaja di Homestay Kampung Ayer Limau, Admin dan para peserta terpesona dengan rumah tradisional Melaka yang ada di sana.

 
 

Alamat :  Batu 19 1/2, Jalan Sekolah Lama, Masjid Tanah
Nombor Telefon : 06-384 7822

Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Tanjung Bidara

Seterusnya, peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 bergerak menuju ke Padang Kemunting yang terletak bersempadan daerah Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Di sana, terdapat lokasi perkampungan mesra penyu yang bertujuan memelihara spesies penyu karah. Terdapat sebanyak 9,020 jumlah pendaratan penyu karah pernah direkodkan di negeri ini sekitar tahun 1990 dengan jumlah 1.6 juta biji telur dihasilkan.


Lokasi pendaratan penyu karah terpenting di rantau Asia Tenggara ini tidak boleh disia-siakan usaha mereka dalam memelihara penyu-penyu di sini. Jadi, para peserta diberi tugas melaksanakan aktiviti pembersihan tapak telur penyu dan pesisiran pantai bagi menceriakan lagi destinasi pelancongan di situ.

 
 

Alamat :  Jalan Tanjong Bidara Batu 22 Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Nombor Telefon : 06-384 6754
Waktu Operasi : 9.30 pagi - 4.30 petang (Setiap Hari)

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Kita tahu kalau percutian di Melaka, pasti semua menuju ke bandar Melaka. Apa kata kali ini anda datang ke Kompleks Falak Al-KhawarizmiKompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan sebuah kompleks ilmu falak dan astronomi yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang terletak di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.

Kompleks ini merupakan kompleks falak yang terbesar di Malaysia yang mempunyai Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan yang menyediakan kemudahan penginapan, bilik-bilik kuliah, auditorium, makmal komputer serta aktiviti-aktiviti pelancongan pendidikan astronomi seperti lawatan, tayangan dokumentari sains berbentuk planetarium dan 3D, cerapan hilal dan cerapan langit malam.


Tidak ketinggalan peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 turut menimba ilmu dan pengalaman di sini. Bak kata pepatah, “Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world.” – Gustave Flaubert.

Alamat :  Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Alor Gajah, Melaka
Nombor Telefon : 06-385 2671
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 4.30 petang (Ahad Tutup)

Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang

Antara aktiviti peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 yang dinanti-nanti. Lawatan seterusnya adalah ke Melaka Tropical Fruit Farm. Melaka Tropical Fruit Farm yang terletak di Sungai Udang ini merupakan salah satu konsep produk Agro Pelancongan dengan konsep 'penginapan stail ladang' di Melaka. Ia meliputi kawasan seluas 173 ekar tanah dan perjalanannya dari Bandar Melaka mengambil kira-kira 20 minit.

Sudah pastinya aktiviti menarik di Melaka Tropical Fruit Farm adalah bila tiba musim buah. Anda akan dapat nikmati pelbagai jenis buah-buahan segar. Selain itu, terdapat juga kemudahan sukan dan rekreasi seperti basikal dan trek jogging, tasik untuk berkayak dan memancing, zoo mini seperti unta, burung unta, rusa, lembu, kuda dan lain-lain.


Walaupun peserta tidak menginap di situ, namun aktiviti-aktiviti yang dilakukan cukup meriah dan menyeronokkan. Para peserta dijamu buah-buahan segar serta membuat pelbagai aktiviti sukaneka seperti 'Main Bola Buah Kelapa Dalam Sawah Pakai Kain Pelikat', 'Tarik Tali', 'Bowling Padang', 'Tarik Upih' dan 'Simpulan Kasih'.

 
 
 

Alamat :  D/A Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang, 76300 Melaka.
Nombor Telefon : 06-351 6916
Waktu Operasi : 9:00 pagi – 5:00 petang 

Chamek Kopitiam, Ayer Keroh

Setelah berpenat lelah dan mengharungi terik mentari, peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 menikmati makan malam di Chamek KopitiamChamek Kopitiam terletak di Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh dan menyajikan hidangan autentik yang pasti menggamit kenangan lama. Dengan pelbagai  makanan dan minuman yang memenuhi generasi tua dan muda serta tradisi yang dilestarikan dalam kehidupan hari ini, pasti Chamek Kopitiam menjadi destinasi yang perlu disinggah.

Sumber Gambar : Google

5 peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 yang dipilih mengikut tema pakaian terbaik

Peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Alamat :  Lot 43 & 45, Jalan Kota Fesyen 1, Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Nombor Telefon : 016-207 3447
Waktu Operasi : 10:00 pagi – 9.00 malam (Isnin Tutup)
Facebook Chamek Kopitiam

Menarik bukan aktiviti agro pelancongan yang dilakukan peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020? So, bolehlah ajak rakan-rakan atau keluarga lakukan aktiviti seperti ini. Jom!

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment