PRODUTK Bantu Digitalisasi Perniagaan Perusahaan IKS

Invest Selangor melancarkan Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK), yang merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu Syarikat Industri Kecil dan Sederhana untuk beralih kepada sistem yang lebih pintar dalam menguruskan perniagaan dan bertindak pantas seiring dengan pembangunan teknologi yang kian pesat.


Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PRODUTK merupakan program digitalisasi tenaga kerja yang dibangunkan untuk merekod kehadiran, jadual kerja, laporan suhu, analisis data dan pemantauan menerusi web atau aplikasi.

Selain itu, pembangunan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti ini dapat membuka peluang kepada usahawan untuk menghasilkan model bisnes yang lebih terancang. PRODUTK juga sejajar dengan aspirasi negara untuk transformasi digital.

Kata Chang Khim lagi, Kerajaan Selangor menyedari keperluan transformasi digital progresif di Selangor untuk semua aspek perniagaan, termasuk operasi dan pentadbiran dalam menghasilkan pengurusan perniagaan yang lebih maju dan berteknologi untuk industri masing-masing.

Menerusi program ini, syarikat dapat melanggan program digitalisasi tenaga kerja yang komprehensif di mana sebahagian daripada perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Selangor dan berharap agar langganan program ini membolehkan syarikat beroperasi dengan lebih produktif, sehingga mempercepatkan pemulihan ekonomi negara. 

Difahamkan terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan kepada mana-mana perusahaan IKS yang berminat menyertai program ini. Antaranya ialah

  • Majoriti pemegang hak milik perniagaan adalah warganegara Malaysia
  • Syarikat IKS yang memiliki kakitangan tidak melebihi daripada 200 orang dalam sektor pembuatan atau tidak melebihi 75 orang kakitangan bagi sektor perkhidmatan
  • Alamat Ibu Pejabat di Selangor
Pendaftaran program ini boleh dibuat bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 untuk berpeluang menikmati langganan Program Digitalisasi Tenaga Kerja secara percuma selama tiga bulan. 

Untuk mengetahui pertanyaan lanjut mengenai PRODUTK, orang ramai boleh layari http://investselangor.my/PRODUTK

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment