Naim Daniel Kembali Dengan 'Purnama'

Selepas kejayaan berturut-turut lagu 'Sembah' dari Naim Daniel pada Februari yang lalu iaitu menjadi juara carta mingguan di Muzik-Muzik, ERA dan berjaya merangkul 2 anugerah dalam 2020 Mid Year JOOX Music Awards, Naim terus aktif dalam pembikinan lagu.

Baru-baru ini Naim telah berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli dengan single bertajuk 'Lara' yang dapat menduduki #2 trending di Youtube dan kini menduduki #3 dalam Carta Malaysia 50 di Spotify.

Terkini Naim kembali lagi dengan lagu 'Purnama' yang bergenre ballad hasil ciptaan dari Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K. Amzar iaitu penulis lirik dan komposer 'Purnama' berkata, "Salah seorang teman rapat saya yang mencadangkan saya untuk memberikan lagu ini kepada Naim kerana Naim adalah penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini."

Manakala Naim pula berkata, "Lagu Purnama ini ditujukan khas buat mereka yang merindui orang yang mereka kasihi dan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi buat semua yang masih hidup, sentiasa hargai dan beritahu keluarga dan rakan-rakan yang rapat bahawa anda menyayangi mereka sebelum terlambat."

Bagi lagu 'Purnama' ini, World Peace Entertainment telah menampilkan Music Video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi dan mental setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Music Video ini boleh mula ditonton pada 27 November 2020 di Youtube World Peace Entertainment.

Istimewa buat peminat-peminat Naim Daniel, lagu 'Purnama' terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX dan lain-lain.

 

Tajuk: Purnama

Artis: Naim Daniel

Komposer & Penulis Lirik: Amzar Razqa & Naim Daniel

Penyusun: Hanis Rafi & Omar K

Penerbit: MyPopMachine

Flute: Mohar

Mixing & Mastering: Audi Mok


(Verse)

Tak terungkap kata

Menyedari masa

Kemana pergi nya dia

Jika ditakdirkan begini rasanya

Terpaksa aku terima


Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu

Ku relakan ikhlas nya


(Chorus)

Ku rindu kan Purnamaku

Doa ku kan bersamamu

Semoga hatimu kan kekal abadi

Terhadap diriku

Tuhan ku mohon jaga

Dia tanpa ada noktah

Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya


Aku perlu dia


Ku rindu Purnamaku

Dan ku masih begitu

Andai ini takdir nya

Tuhan ku mohon padamu kuatkan la hati nya

(Chorus)

Naim Daniel - Purnama (Lirik Video)
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment