12 Lagu Mara Ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35)

Dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni, episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) ang dinantikan telah berlangsung dengan jayanya malam tadi. Persoalan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tahun hadapan telah terjawab, menghentikan gusar para penonton serta barisan semi finalis Muzik Muzik 35. Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lagu terbaik malam tadi adalah Belenggu Rindu lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35. Selain lagu itu, dua lagu lain yang telah diangkat sebagai lagu terbaik dalam dua episod lalu iaitu 'Hati' nyanyian Hael Husaini dan '7 Nasihat' juga berjaya melangkah ke AJL35. 

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Dato' Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

Senarai 12 buah lagu yang akan ke AJL35

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

HATI

HAEL HUSAINI

HAEL HUSAINI & EZRA KONG

7 NASIHAT

SHIHA ZIKIR,, KMY KMO & LUCA SICTA

KMY KMO & LUCA SICKTA

BELENGGU RINDU 

WANY HASRITA & DATO’ JAMAL ABDILLAH

HAEL HUSAINI & EZRA KONG 

AKU BIDADARI SYURGAMU 

AISHAH

IPPO HAFIZ

SITI ROSMIZAH

HUTANG 

FLOOR 88

ZAI HAMZAH

ACHOI FLOOR 88 

KAU SAKITI 

AMIR MASDI

FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE

GUNDAH

ERNIE ZAKRI

ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL

GILA

KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B

NOKI, LOCA B & EZRA KONG

JANGAN KHIANATI AKU

AZLAN & THE TYPEWRITER

DARK

EH

ZIZI KIRANA

NAVIGATOR & ZIZI KIRANA

MAMBANG & ZIZI KIRANA

SEMALAM

AINA ABDUL

PELUANG KEDUA 

HAEL HUSAINI

HAEL HUSAINI & MFMF.


  

SFMM35 mendapat sokongan penaja utama, McDonald's Malaysia. Meriahkan Muzik Muzik 35 Separuh Akhir sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui McDelivery! Confirm puas dan berbaloi. SFMM35 turut mendapat sokongan rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur dan xtra.com.my.


Siaran ulangan SFMM35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur. Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 dan #AJL35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

 
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment