Selebriti Malaysia, Ernie Zakri dan Jeryl Pei Ling Akan Membuat Penampilan di Anugerah Televisyen Asia Ke-25

Selebriti Malaysia, Jeryl Pei Ling dan Ernie Zakri bakal membuat penampilan hebat di Anugerah Televisyen Asia (Asian Television Awards - ATA) ke-25 yang turut memperlihatkan bakat-bakat Malaysia ke pasaran Asia Tenggara.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-25 Anugerah Televisyen Asia. Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, Anugerah tersebut diteruskan menerusi format rancangan yang disemak semula.

 

Pada mulanya, ATA dirancang untuk diadakan di Phnom Penh setelah berjaya mengadakan Anugerah itu di Malaysia dan Filipina dan edisi ke-25 akan datang tidak akan diadakan secara perjumpaan fizikal. Menerusi format 3 hari yang baru diterima sejak Anugerah Televisyen Asia ke-23, ATA ke-25 akan diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, 15 dan 16 Januari 2021.

Pada tahun ini, Anugerah Televisyen Asia akan dihoskan oleh Wallace Ang dan Benjamin Josiah Tan dari Singapura, Ji Xiao Jun dari China, Anyarin Terathananpat dari Thailand dan Rennie Lau dari Malaysia.

 

Barisan selebriti lain yang akan bertanding adalah Alfred Sng, Sherraine Law, Haven dan Emiliano Cyprus dari Singapura, Ernie Zakrie dan Lee Pei Ling dari MalaysiaDat Ozy dari Vietnam, serta bakal beraksi Sam Concepcion dari Filipina. 8 selebriti ini akan membuat persembahan sepanjang 2 hari dengan membawa lagu dan muzik terbaru mereka.
 

Maklumat lanjut boleh layari

Website
2020 Awards Nominees List & Reference

Facebook Page
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment