Dokumentari Khas Bertajuk 'Tiger' Akan Ditayangkan 11 Januari Ini di HBO

TIGER, merupakan dokumentari dua bahagian HBO yang mengisahkan bagaimana kebangkitan, kejatuhan dan kemunculan semula ikon global yang sangat epik iaitu Tiger Woods. Siri ini mengisahkan gambaran hebat tentang keajaiban dan dedikasi serta obsesinya terhadap permainan golf. Bukan hanya membawa beliau kepada kemahsyuran dan kejayaan ke puncak baru, malah turut memperincikan bagaimana beliau menelusuri jalan gelap dalam menempuh kejayaan sehingga berjaya ke puncak kemenangannya di Master 2019

Bahagian 1 akan ditayangkan pada waktu yang sama seperti Amerika Syarikat pada hari Isnin, 11 Januari 2021 jam 10.00 pagi secara ekslusif di HBO GO dan HBO (Astro Ch 411 HD) dan siaran ulangan pada hari yang sama jam 10.00 malam di HBO. Bahagian 2 pula akan ditayangkan pada hari Isnin berikutnya, 18 Januari pada masa yang sama.

TIGER didorong oleh sebuah rakaman yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dokumentari Tiger mendedahkan bagaimana wartawan mewawancara pemain golf termasuk bekas caddy dan teman rapatnya, Steve William, legenda golf dan juara utama enam kali, Sir Nick Faldo; Rakan dan penulis biografi Earl Woods, Pete McDaniel; Cinta sejati pertama Tiger, Dina Parr; begitu juga Rachel Uchitel, wanita di pusat skandal seks yang selama-lamanya mengubah dunia Tiger, memecah kesunyiannya dengan wawancara duduknya yang pertama mengenai hubungan mereka.

TIGER merupakan produksi HBO Sports and Jigsaw Productions yang bekerjasama dengan Our Time Projects. Pemenang Academy Award® Alex Gibney eksekutif menghasilkan bersama Sam Pollard, Stacey Offman, Richard Perello, Armen Keteyian, dan Jeff Benedict. Calon Anugerah Akademi dan pembuat filem pemenang Emmy®, Matthew Heineman dan calon Emmy®, Matthew Hamachek berperanan sebagai pengarah persembahan dua bahagian di televisyen.

Tonton Official Trailer 'Tiger' Di Sini

Muat turun aplikasi HBO GO sekarang di App Store atau Play Store dan dapatkan percubaan percuma selama 7 hari. Layari juga HBO GO melalui Astro atau di https://www.hbogoasia.com/. HBO GO kini tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment