Johor Jadi Negeri Pertama Guna Bas Auto Tanpa Rel

Sumber Photo : Google

Kita sedia maklum pengangkutan trem ini bukanlah sesuatu yang baru. Di luar negara, pengangkutan trem ini sudahpun digunakan. Dapat kita lihat dalam filem-filem antarabangsa mengenai kewujudan trem ini. Di Malaysia juga pernah digunakan suatu ketika dulu di zaman penjajahan British di Pulau Pinang.

Sumber Photo : https://harianpost.my/ (Penemuan beberapa rel di GeorgeTown)

Terkini, Johor bakal menjadi negeri pertama menggunakan Autonomous Rail Rapid Transit (ART) atau dikenali sebagai sistem bas bersepadu tanpa rel di kawasan Iskandar Malaysia sebagai projek perintis penggunaannya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur neger, Mohd. Solihin Badri, sistem tersebut untuk pengangkutan di bandar itu adalah sebahagian daripada projek di bawah Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT).

Kerajaan Pusat menerusi Belanjawan 2021 menyalurkan peruntukan sebanyak RM780 juta untuk Johor dengan sebahagian daripadanya adalah projek IMBRT berkenaan.

Menurutnya lagi, bas yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dari luar negara itu sudah berada di negeri ini dan kini berada di peringkat akhir rekaannya.

Sumber Photo : https://harianpost.my/

Bagi fasa pertama, sepanjang 51km laluan bas telah dibina dengan dilengkapi stesen bas sebanyak 19 buah di Tebrau, 13 buah di Skudai dan tujuh buah di Iskandar Puteri.

Lebih 750 bas akan berkhidmat di sepanjang laluan itu melibatkan tiga jenis bas dengan kapasiti penumpang yang berbeza dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam bas dan stesen bas.

Setiap perjalanan akan dipantau pusat kawalan untuk memastikan perjalanan setiap bas mengikut jadual yang ditetapkan dengan sistem bayaran menggunakan tunai dan kad.

Projek itu merupakan yang pertama di negara ini setelah sebanyak 165 bandar raya di dunia sudahpun menggunakan sistem perkhidmatan tersebut antaranya di Jakarta, Paris, Seoul, New York, Istanbul, Brisbane, Guangzhou dan Zurich.

Sumber Rujukan : Utusan Online

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment