Vivo X50 Series Memenangi 16 Mobile Awards Tahun 2020

Kita tahu yang telefon pintar hari ini telah menjadi peranti penting dan peranti mudah-alih di seluruh dunia. Melalui peningkatan permintaan dalam kalangan penggunanya, banyaklah pengeluar telefon pintar telah menggunakan teknologi Imaging ini. Baru-baru ini, telefon pintar dari siri Vivo X50 telah menerima 16 Mobile Awards pada tahun 2020 yang mempamerkan fotografi profesional dengan kamera gimbal pertama di dunia menerusi usaha inovasi Vivo dalam perubahan teknologi Imaging.

Dengan keupayaan fotografi profesionalnya serta rekabentuk yang pasti memukau pengguna, Vivo X50 Series telah menjadi telefon pintar terunggul melalui teknologi yang terkini dalam pengimejan mudah alih yang berterusan dan membantu pengguna untuk merakam gambar dan kenangan terindah lebih rasa hidup dan selesa.  

Selain itu, X50 Series juga menampilkan rekabentuk cengkaman yang kukuh dan selesa dengan penampilan gaya gradien inovasi yang dihasilkan elemen semulajadi serta esterika futuristik bagi bertujuan melengkapkan lagi gaya hidup aktif pengguna.

Siri Vivo X50 ini menampilkan Sistem Kamera Gimbal yang terkemuka di industri dan memberikan penstabilan utama kepada pengguna untuk menangkap gambar atau video yang lebih jelas dalam keadaan bergerak, walaupun pada waktu malam. Sementara itu, siri X50 juga dilengkapi dengan kamera belakang quad yang turut dilengkapi dengan mekanisme gimbal, termasuk Night Extreme (Super Night Mode), Mode Astro dan 60x Hyper Zoom yang memberikan pengalaman terbaik buat pengguna.

Selama bertahun-tahun, Vivo telah meningkatkan penawarannya buat keperluan pengguna. Daripada kamera sudut lebar dan mod pemandangan malam super siri Vivo X27 hingga ke super zoom 60x menerusi siri X30 dan sistem kamera gimbal dari siri X50 hingga kini.

Siri Vivo X50 (X50 & X50 Pro) telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos 2020 yang lalu bersama dengan terbitan filem pendek bertema Merdeka pertama Malaysia - KITA yang ditayangkan sepenuhnya menerusi telefon pintar Vivo X50 Pro. Diarahkan oleh Pengarah Netflix Malaysia terkenal, Ho Yuhang, filem ini dibuat sepenuhnya menggunakan ciri-ciri X50 Pro seperti Sistem Kamera Gimbal yang menawarkan segala-galanya pengalaman videografi dan membolehkan pengguna mengambil video dengan lebih jelas semasa bergerak walaupun pada waktu malam.

Dengan harga RM2,399, Vivo X50 (8GB RAM + 128 ROM), ia hadir dalam dua warna yang menakjubkan iaitu Frost Blue dan Glaze Black. Pelanggan kini boleh menikmati tawaran waktu terhad untuk memiliki telefon pintar X50 pada harga istimewa RM1,999. Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar X50 Series, boleh kunjungi seperti yang tertera di bawah.

Facebook

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

Website

https://www.vivo.com/my/

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment