Konsert Mini Pertama Baby Shima di Bigo Live

Bigo Live, satu platform streaming secara langsung yang terkemuka hari ini menyambut penuh keterujaan penyanyi Malaysia, Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali Baby Shima untuk membuat persembahan dalam sebuah konsert mini yang akan berlangsung pada 18 Februari 2021 jam 9.30 malam.

Baby Shima yang sebelum ini pernah memenangi Berita Harian Idol Star 2010 akan memberi peluang kepada peminatnya secara eksklusif untuk berinteraksi dengannya dalam konsert mini di Bigo Live. Tiga penonton yang bertuah akan berpeluang dipilih untuk panggilan video secara peribadi dalam sesi live streaming bersama peminatnya yang akan diadakan pada 22 Februari 2021 jam 9.30 malam.

Diwakili oleh label rakaman Indonesia Nagaswara, Baby Shima baru-baru ini berjaya turut serta dalam rancangan realiti nyanyian Indonesia di Big Stage Astro Ria yang mempamerkan bakat anak muda paling cerah di Malaysia serta pertandingan dangdut terbesar di Asia D'Academy Musim 3.

“I love how Bigo Live allows me to interact with the audience in a fun way. With travel and safety restrictions in place across the country, this will be a great opportunity for me to reconnect and share my passion with fans in the region. I am truly excited to perform my first livestream mini concert on Bigo Live, and look forward to having an amazing time,” Baby Shima said.

Bagi menyertai live stream ini, cukup hanya dengan memuat turun aplikasi Bigo Live dan ikuti Baby Shima (ID Pengguna @babyshimaofficial). Untuk maklumat terkini mengenai strim konsert mini Baby Shima, boleh ikuti Bigo Live Malaysia di Facebook.

Bigo Live berusaha untuk menjadi sumber hiburan yang interaktif dan menarik serta menghubungkan komuniti Bigo Live untuk berinteraksi dengan selebriti tempatan kegemaran mereka walaupun tidak dapat bersua muka. Baby Shima turut bergabung dengan barisan selebriti lain seperti DJ M4Sonic Australia, bintang Jepun; Ryo Nishikido dan Jin Akanishi yang turut membawa aura positif serta harapan penuh keseronokan kepada pengguna di seluruh dunia.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment