Menu Baharu Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal di McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia sekali lagi memperkenalkan menu baharu yang menarik dan unik menerusi pelancaran Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal.

Paduan rasa manis dan pedas itu mencetuskan rasa unik yang enak pada burger edisi terhad ini, dengan hirisan epal manis, ditambah dengan sos mayo lada hitam dan kepingan ayam pedas rangup, diapit dengan ban hangat yang lembut.

"Pengenalan burger edisi terhad ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's untuk menawarkan menu yang menyeronokkan kepada pelanggan kami. Kami tahu rakyat Malaysia sangat menyukai makanan pedas, tetapi dengan burger baharu ini, kami memperkenalkan paduan unik rasa manis dan pedas yang lain daripada produk yang kami lancarkan sebelum ini," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati pencuci mulut baharu iaitu Pai Kastard Oren atau McFlurry Biskut Coklat & Pretzel sebagai pelengkap kepada hidangan mereka.

Bersempena dengan pelancaran menu baharu ini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah "Huat" sehingga RM18,888 dengan mengambil bahagian dalam Peraduan #EatAnApple, Win a Huawei!

Syarat-syarat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ialah:

  1. Berbelanja minimum RM48 dalam satu resit untuk McDelivery
  2. Memesan sekurang-kurangnya satu Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal atau Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal
  3. Pesanan terbanyak setiap minggu berpeluang memenangi hadiah mingguan yang menarik. Peraduan ini berlangsung mulai 4 Februari hingga 3 Mac 2021
Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal kini boleh didapati di semua restoran McDonald's dan didatangkan dalam set bersama Twister Fries dan Coke dengan harga RM16.88. Pelanggan juga boleh memilih set Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal dengan harga RM22.88. Burger edisi terhad ini boleh didapati melalui McDelivery, Pandu-Lalu atau Bawa Pulang.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment