McDonald's Malaysia Memperkenalkan Nasi Lemak McD yang Diperbaharui

McDonald's Malaysia memperkenalkan Nasi Lemak McD yang  diperbaharui | Lazat berperisa, hidangan kegemaran pelanggan ini kini disajikan dengan nasi yang ditanak bersama santan dan daun pandan, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal manis pedas yang mewujudkan keseimbangan rasa manis dan savuri yang sempurna.

Hidangan ini akan menjadi menu tetap, dan pelanggan boleh menikmati hidangan ini pada bila-bila masa sepanjang hari di semua restoran McDonald's seluruh negara.

“Di McDonald's Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik menu sedia ada untuk pelanggan kami. Sebagai salah satu hidangan yang paling popular dan digemari ramai di negara ini, kami faham betapa dekatnya nasi lemak di hati rakyat Malaysia. Kami teruja memperkenalkan resipi yang diperbaharui ini bagi memenuhi kehendak pelanggan, dan kami berharap rakyat Malaysia akan lebih menikmati hidangan ini berbanding sebelumnya, sejak Nasi Lemak McD pertama kali dipekenalkan pada tahun 2019,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.

Untuk melengkapkan lagi menu baru ini, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai jenis pencuci mulut yang akan membuatkan anda terliur seperti Caramel Cream Cheese Pie dan Salted Caramel McFlurry atau mencuba sos McNuggets baru – French Cheese dan Honey Mustard, yang boleh didapati dalam tempoh masa terhad.

Nasi Lemak McD yang diperbaharui ini boleh didapati dalam set bersama seketul Ayam Goreng dan Teh Ais Limau pada harga RM12.99 atau set dua ketul Ayam Goreng dan Teh Ais Limau pada harga RM15.99. Pelanggan juga boleh memilih Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau GCB bersama Teh Ais Limau pada harga RM14.99.

Produk ayam McDonald's yang sememangnya Halal dan dihantar segar setiap hari membolehkan pelanggan menikmati keenakan hidangan Nasi Lemak McD bersama Ayam Goreng McD yang enak pada bila-bila masa.

Nasi Lemak McD juga boleh didapati melalui McDelivery dan Pandu Lalu. Tawaran dan promosi tambahan untuk Nasi Lemak McD terdapat di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment