Jelajah Fast Bikes Club ke A'Famosa Melaka Bersempena Kempen Promosi Shoppp@Melaka

Kali ini sekali lagi pasukan motor berkuasa besar, Fast Bikes Club dan Reappear MC menyusuri Negeri Melaka untuk ke A'Famosa bersempena dengan Visit Melaka dan juga Pelancaran Kempen Promosi Shoppp@Melaka


Kempen Promosi Shoppp@Melaka telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis serta turut hadir bersama Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghaffar, Pengarah Urusan A'Famosa Resort, Datuk Alex Lau Chir Nguan dan Pengurus Besar Tourism Melaka, Sa'ari Basiron.



Peserta konvoi bergerak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 8.30 pagi dan tiba di Freeport A'Famosa Outlet dalam kira-kira jam 10.00 pagi. Lokasi pertama yang diterjah masuk oleh para peserta ialah Firefly Magical Light Show yang mana ia merupakan produk terbaru yang terdapat di Freeport A'Famosa Outlet. Ia juga merupakan pameran teknologi interaktif seni digital tertutup yang pertama dan terbesar di Malaysia. 

1) Firefly Magical Light Show

Firefly diciptakan bagi mendekatkan orang ramai dengan alam semulajadi agar dapat merasai keindahannya. Pemasangan berskala besar iaitu 20,000 kaki persegi dan juga terdiri daripada 12 interaktif seni digital yang akan menampilkan pertunjukan cahaya yang indah. Pameran ini akan berlangsung sehingga 01 April 2022.




Harga Tiket Masuk
RM28.00 Dewasa
RM15.00 Kanak-Kanak

2) Taman Tema A'Famosa

Kemudian, para peserta konvoi menyusuri pula Taman Tema A'Famosa. Taman Tema A'Famosa menawarkan promosi Kepadamu, Orang Melaka bagi tiket masuk ke taman tema dengan harga RM30.00 sahaja. Ini bermaksud penduduk di negeri Melaka boleh membeli tiket masuk ke Taman Tema Air atau Safari Wonderland dengan hanya RM30.00 seorang. Promosi ini sah sehingga 31 Mei 2021. Penduduk Melaka yang mempunyai kad pengenalan beralamat Melaka atau lain-lain dokumen juga bakal mendapat promosi ini.


Bersempena Ramadan ini, pihak Taman Tema juga ada menawarkan "Pakej Keluarga Kasih Sayang" yang berharga RM120.00 bagi 4 orang. Pemilik pakej boleh mengunjungi Safari Wonderland atau Taman Tema Air bagi 4 orang. Selain itu, pihak Taman Tema akan menderma RM8/pakej kepada pusat kebajikan di Melaka dan pemilik pakej pula akan menerima cenderahati. Pakej ini hanya didapati secara tempahan awal pada laman web sahaja.

Dengan keluasan 180 ekar dan 150 spesis haiwan, ia pasti dapat memberikan pengalaman baru dan keseronokan semasa berada di Safari Wonderland. Antara aktiviti yang disediakan ialah 3 pertunjukan haiwan, 1 pertunjukan Wild Wild West, pelbagai zon pameran haiwan, menaiki rakit dan juga aktiviti wajib dilakukan iaitu menaiki truk bagi pengembaraan ke Safari.

 
 

Selain itu, pihak Safari Wonderland juga telah mendapat beberapa spesis hidupan liar dan hasilnya adalah sepasang Cheetah dan Ring-tailed lemur yang kini dalam kuarantin sebagai persiapan sebelum berjumpa orang ramai. Koleksi haiwan di Safari Wonderland akan bertambah dengan kehadiran sepasang anak Badak Sumbu Putih tidak lama lagi.


Bagi Taman Tema Air pula, dengan keluasan 150 ekar dan terdapat 11 jenis permainan yang disediakan pasti akan meninggalkan kenangan manis dan keterujaan sepanjang berada di sini. Antara permainan yang terdapat di sini ialah Wahaha, Big Ice Cream, Lazy River, Wave Pool, Arabian Village dan High Speed Slide


Manakala antara juadah yang diperkenal di Taman Tema Air adalah Nasi Beriani Pop-pop. Nasi Beriani ini diisi dalam buluh dan mempunyai pilihan antara Beriyani Kambing atau Ayam. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati 'pop-pop' nasi beriyani ini dari buluh ke pinggan!



3) A'Famosa Resort

Bersempena Ramadan ini, pihak Resort menawarkan promosi Beriftar Bufet yang merangkumi lebih 100 jenis juadah yang menarik dan lazat bertemakan citarasa kampung. Dari hidangan utama ke pemanis mulut serta minuman yang berbagai perisa untuk berbuka puasa.

Antara juadah yang disediakan adalah nasi beriani, satay, seafood bakar, gulai kawah, ikan bakar dan tidak ketinggalan juadah yang sentiasa menjadi rebutan iaitu kambing golek.


Club House A'Famosa sekali lagi menjadi lokasi untuk berbuka puasa pada tahun ini dan para pengunjung boleh memilih untuk berbuka di kawasan berhawa dingin atau kawasan terbuka. Promosi Beriftar Bufet ini bermula pada 13 April hingga 12 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam.

Bermula daripada sekarang sehingga 18 April 2021, pengunjung boleh beli dengan harga RM49.00 bagi kanak-kanak dan RM59.00 bagi dewasa. Setiap pembelian akan menerima tiket masuk secara percuma ke Firefly Magical Light Show. Manakala, bagi pakej penginapan, harga bermula dari RM109.00 seorang. Harga termasuk penginapan 2 hari 1 malam, bufet berbuka puasa dan set sahur atau set sarapan pagi.

Apa yang menarik lagi? 

Pihak Resort juga menawarkan Raya@A'Famosa Resort kepada pengunjung dengan pakej bermula RM756.00. Pakej adalah termasuk penginapan di Villa Standard, 8 tiket ke Firefly Magical Light Show dan makan malam bertemakan sambutan hari raya secara dome set. Pakej ini bermula dari 23 April 2021 sehingga 12 Jun 2021 dan boleh menginap dari 13 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021.

Bagi penggemar sukan golf, jangan lepaskan peluang untuk mempertimbangkan pakej promosi Amal Golfing yang bermula dari 1 April sehingga 31 Jun 2021. Harga promosi terbahagi kepada 3 iaitu RM66.00 seorang untuk perempuan, pelajar sekolah dan warga emas. RM77.00 seorang bagi Petugas Barisan Hadapan dan RM99.00 seorang bagi mereka yang membeli di kaunter. Ini adalah satu peluang keemasan kepada semua golongan untuk mencuba dan merasai sendiri bermain di padang golf yang terbaik di negeri Melaka.

Selain itu, terdapat juga pakej promosi Cuti@A'Famosa Resort yang mana pihak Resort menawarkan potongan harga bagi semua kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya ialah tiket taman tema hanya berharga RM36.00 sahaja, Condo Family Studio bermula dari RM158.00 seunit dan Villa 4 Bilik berserta kolam renang bermula dengan harga RM498.00 seunit. Terdapat juga Pakej Combo yang bermula RM97.00 seorang termasuk penginapan, tiket masuk ke Firefly, set sarapan pagi dan tiket masuk ke taman tema. Pakej promosi ini boleh dibeli sehingga 31 Mei 2021 dan boleh digunakan sehingga 31 Ogos 2021.

Maklumat lanjut, boleh layari laman web


atau hubungi 

06 - 552 0888 atau 019 - 600 3500 (Muhammad)

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment