Dua Pelajar dari UKM Dinobatkan Sebagai Juara Serantau dalam The 3M Inspire Challenge

Selepas beradu tenaga selama empat bulan untuk menjuarai The 3M Inspire Challenge, dua pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dinobatkan sebagai Juara Serantau pada 23 September 2021 lalu, selepas berjaya menewaskan lima Juara Negara lain yang mewakili Singpore, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Setelah mengkonsepsikan dan memperhalusi idea mereka untuk sekian yang lama di bawah bimbingan para sukarelawan 3M, kumpulan ini berjaya mengatasi 121 buah kumpulan mahasiswa yang lain dari negara-negara serantau.

Bagi solusi geliga mereka yang berpandukan tema kelestarian, kumpulan tersebut, yang dianggotai oleh Mohd Fahad Saleem dan Nur Liyana Syasya Mohd Zamuri, berjaya memenangi hadiah wang tunai bernilai USD$3,000 serta menjalani latihan industri di pejabat 3M negara mereka. Apabila disoal mengenai sumber inspirasi bagi inovasi mereka, ahli kumpulan juara, Mohd Fahad Saleem memberitahu: “Pelekat luka merupakan antara barangan yang lazimnya disimpan di rumah kita dengan meningkatkannya kesedaran orang ramai terhadap tatacara pengurusan luka yang betul sejak berdekad yang lalu. Kami telah mengkonsepsikan idea Pelekat Luka Pintar atau ‘Smart Bandages’ untuk menghasilkan produk yang mampu memantau proses penyembuhan luka yang berperingkat serta membekalkan kondisi yang optimum untuk kulit dan tisu menyembuh agar pengguna dapat menjalani hidup mereka seperti biasa tanpa merisaukan tentang luka mereka.”

Ujar En. Kevin McGuigan, Naib Presiden dan Pengarah Urusan, 3M Asia Tenggara merangkap Ketua 3M Singapura: “Kami telah menyaksikan bagaimana semua kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini telah berkembang, dan ia merupakan sesuatu yang amat membanggakan bagi kami. Inovasi merupakan sebuah proses penyempurnaan idea yang berterusan dan semangat yang mereka telah tunjukkan tidak pernah pudar sepanjang pertandingan tersebut.”

Tambah beliau: “Meskipun The 3M Inspire Challenge sudah melabuhkan tirainya, saya berharap ia bukan sahaja telah mencungkil sifat ingin tahu dan semangat inovasi dalam kalangan peserta, tetapi para penonton juga!”

Kemuncak Pertandingan di Pusingan Akhir Peringkat Serantau

The 3M Inspire Challenge merupakan cabaran kes peringkat serantau yang berlandaskan tema Teknologi, Kelestarian, serta Inovasi dan ia dianjurkan oleh syarikat sains bertaraf global, 3M yang ingin meneroka solusi-solusi baharu bagi menaik taraf perniagaannya.

Pusingan Akhir Peringkat Serantau telah menyaksikan enam buah kumpulan dari negara- negara yang mereka wakili mempersembahkan solusi masing-masing kepada panel juri yang pakar dalam pelbagai bidang seperti pengurusan perniagaan, pembuatan dan rantaian bekalan, penyelidikan dan pembangunan, kelestarian, serta penjenamaan dan komunikasi. Mereka terdiri daripada:

  

  • Kevin McGuigan, Naib Presiden dan Pengarah Urusan, 3M Asia Tenggara merangkap Ketua 3M Singapura
  • Kiyoshi Endo, Naib Presiden, Operasi Kilang, Pembuatan & Rantaian Bekalan, Asia Pasifik
  • Yen Sze Chan, Ketua Operasi R&D, Asia Tenggara
  • Jun Lee, Ketua Kelestarian bagi Asia, Ketua Jenama & Komunikasi, Etika & Piawaian bagi Korea
  • Napaporn Ratanasaenghirun, Ketua Kumpulan Perniagaan Asia Tenggara, Kumpulan Perniagaan Pengguna

Juara Serantau, iaitu kumpulan Too Good Duo yang mewakili Malaysia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dianggotai oleh:
  • Mohd Fahad Saleem, Sarjana Muda Sains Bahan (dengan Kepujian)
  • Nur Liyana Syasya Mohd Zamuri, Sarjana Muda Sains Bahan (dengan Kepujian)
 

Kumpulan dari Vietnam telah meraih tempat kedua dengan solusi mereka dalam mewujudkan 3M 360° Virtual Store untuk mempamerkan sains yang menunjangi produk- produk 3M serta menggunakan platform tersebut untuk menjalankan kempen jalinan pelanggan. Kumpulan Charmmm dari RMIT University Vietnam dianggotai oleh:
  • Phan Le Minh An, Sarjana Muda Ekonomi & Kewangan
  • Tran Kim Huong, Sarjana Muda Ekonomi & Kewangan
  • Rahul Sharma, Sarjana Muda Ekonomi & Kewangan
  • Vuong Anh Chien, Sarjana Muda Ekonomi & Kewangan
 

Tempat ketiga pula jatuh kepada kumpulan Kancil dari Indonesia dengan idea mereka untukmenyediakan pelitup muka pembedahan berciri lestari dengan menggunakan bioplastik sebagai bahan utama. Kumpulan ini dianggotai oleh:
  • Muhammad Rahmadito, Kejuruteraan Mekanikal
  • Gabriele Maruli Tondi, Kejuruteraan Mekanikal
  • Ramadhana Bhanuharya Krishnamurti, Kejuruteraan Industri
  • Safira Dastalenta, Kejuruteraan Mekanikal
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment