Aziz Harun Tampil Dengan Lagu 'Sayang Kau Tercipta'

Aziz Harun, penyanyi kelahiran Brunei Darussalam ini pernah menggegarkan industri hiburan dengan penampilan pertamanya dalam lagu 'Senyum' sekaligus menaikkan namanya di Malaysia sebaris dengan penyanyi popular yang lain. Selepas itu, beliau menerbitkan lebih banyak lagu bagi mengukuhkan namanya di Malaysia.

Alternate Records & Talents bekerjasama dengan Faithful Music yang merupakan label rasmi Aziz Harun untuk melahirkan lagu terbarunya ini yang bertajuk 'Sayang Kau Tercipta'. Lagu ini merupakan hasil nukilan komposer dan lirik oleh gabungan nama besar seperti Ja'a, Romeo, Amir Masdi, Karim Karam dan Mike Chan. Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seorang lelaki yang sangat menghargai pasangannya dan berjanji untuk tetap setia bersama hingga ke akhir hayat.

Menurut Aziz Harun, "Genre lagu yang dibawakan ini amat berbeza dan pastinya membuatkan pendengar akan tertanya-tanya. Lirik lagunya memang sampai ke jiwa dan dapat pula tahu lagu ini dihasilkan oleh komposer terkenal dan berpengalaman iaitu Amir Masdi, saya jadi lebih bersemangat untuk sampaikan lagu ini. Sudah tiba masanya untuk saya cuba genre lain supaya saya dapat tahu kelemahan dan kekuatan diri saya dalam membawa lagu-lagu yang pelbagai genre."

Disebabkan oleh pandemik ini, jadi proses rakaman  dijalankan secara jauh. Situasi ini juga mengajar Aziz untuk melaburkan peralatan sesuai untuk menghasilkan sebuah album. Ini merupakan aset paling penting buat Aziz dan pada masa yang sama dia dapat belajar bagaimana menerbitkan album sendiri. Lagu 'Sayang Kau Tercipta' juga merupakan comeback buat Aziz Harun yang telah lama menyepi dalam bidang nyanyian dan secara tidak langsung mengubati rindu peminat setianya.

Muzik Video 'Sayang Kau Tercipta'nyanyian Aziz Harun ini sudah boleh ditonton di Youtube Alternate Records & Talents bermula pada 21 Disember 2021 dan juga boleh didengari di semua pelantar digital bermula pada 24 Disember 2021.

Turut disertakan ialah lirik lagu Sayang Kau Tercipta.

Artis : Aziz Harun
Tajuk : Sayang kau Tercipta
Komposer : Ja’a, Remeo,Amir Masdi, Karim Karam & Mike Chan
Penulis lirik: Ja’a, Remeo,Amir Masdi, Karim Karam & Mike Chan

Verse 1 :

Telah lama ku rasa
Jiwa dan hatiku berkata
Kau yang satunya

Tak akan ku mengalah
Tak akan pernah ku menyerah
'tuk bersama kamu

Pre Chorus 1:

Dengarkan perasaanku
Yang tulus dari hatiku
Meluahkan segala

Chorus :

Sayang kau tercipta sempurna untukku
Tiada yang lebih indah
Terindah di mataku
Tak akan ku siakan
Kasih kita berdua
Baby i will love you ke akhirnya

Verse 2 :

Waktu dulu kita bertemu
Ku janji takkan ku lepas genggaman tangan mu
Ku rindu

Pre Chorus 2:

Dengarkan perasaanku
Yang tulus dari hatiku
Meluahkannya

Chorus :

Sayang kau tercipta sempurna untukku
Tiada yang lebih indah
Terindah di mataku
Tak akan ku siakan
Kasih kita berdua
Baby i will love you ke akhirnya

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment