Lagu Takluk Cinta - Hafiz Suip

Nama Hafiz Suip tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau sudah lama menapak di dalam industri muzik tanah air. Bintang kelahiran sebuah realiti TV ini terus meningkat naik selepas keluar dari program itu dengan lagu-lagu dan album yang terjual banyak di pasaran. Rezekinya bertambah apabila dipertemukan jodoh dan diberikan 2 cahaya mata.

Bagi mengakhiri tahun 2021, setelah pelbagai rintangan sepanjang PKP selama dua tahun ini akhirnya Hafiz Suip dengan kerjasama Alternate Records & Talents berjaya melahirkan sebuah single yang bertajuk 'Takluk Cinta'. Takluk Cinta ini merupakan runut bunyi kepada sebuah drama di TV3 yang bertajuk 'Saat Kau Takluk Cinta Ini'. Lagu ini ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama Iqie Hugh dan liriknya juga ditulis oleh mereka berdua. Sememangnya lagu ini diciptakan khas untuk Hafiz Suip yang terkenal dengan lontaran suaranya dan lunak yang menjadikan semua lagu nyanyiannya mudah diterima oleh orang ramai.

Menurut Hafiz Suip, "Saya berasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkolaborasi bersama Alternate Records & Talents dalam menyanyikan lagu ini. Sebenarnya sudah sekian lama Hafiz mencari lagu yang bersesuaian dan akhirnya bila ditawarkan untuk menyanyikan lagu OST ini, Hafiz terus bersetuju kerana demo yang diberikan amatlah sesuai dengan genre Hafiz sendiri. Proses rakaman tidaklah begitu sukar seperti ketika di zaman PKP yang lalu. Jujur Hafiz katakan sebenarnya tidak mudah juga untuk Hafiz bersaing dengan penyanyi baharu yang sedia ada lebih lagi ketika ini zaman sosial media seperti Tik Tok dan lain-lain lagi. Tapi Hafiz yakin dengan bakat yyang ada, InsyaAllah dapat bersaing dengan mereka. Hafiz benar-benar bersyukur dan berharap agar lagu Hafiz kali ini dapat menghiburkan semua orang dan diterima ramai."

Lagu Takluk Cinta merupakan runut bunyi kepada drama Samarinda : Saat Kau Takluk Cinta Ini yang disiarkan bermula 20 Disember, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Lirik video 'Takluk Cinta' nyanyian Hafiz Suip ini sudah boleh ditonton di Youtube Alternate Records & Talents bermula pada 21 Disember 2021 dan juga boleh didengari di semua pelantar digital bermula pada 24 Disember 2021.

Turut disertakan ialah lirik lagu Takluk Cinta.

Artis           : Hafiz Suip
Tajuk          : Takluk Cinta
Komposer  : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John Jeeves
Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John Jeeves

Verse:
Saat kamu hadir dalam hidup ku
Takluk nama cinta kita
Bahagia perasaan bergema
Bawah satu cahaya-Nya

Pre Chorus:
Kini kau tiada
Pergi tanpa tanda
Hilangnya segala
Kerana salah ku

Chorus:
Kembalilah
Kekasih yang hanya aku rindu
Bunga layu
Akan mekar semula
Pulangkanlah
kunci hatimu dan kita
Akan bersama
Menakluk cinta

Verse2:
Satu - satu
Aku gambar semula
Tuk ubati parah luka
Kasih kamu selayaknya berharga
Tak pernah ku lafazkannya

Bridge:
Dan sesungguhnya
Aku merayu
Kemaafan dari mu
Sakti ku
Mohon
Akur yang diri ku
Akui salah ku

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment