Lirik Lagu Sejarah Cinta Ku - Usop

Usop bukanlah nama baharu di dalam industri muzik tanah air. Beliau sebelum ini pernah memasuki pertandingan Mentor Milenia pada tahun 2017 di bawah pimpinan Hazama telah melonjakkan nama beliau untuk melangkah jauh. Satu demi satu lagunya dilancarkan seperti 'Aku Yang Bersalah', 'Selamanya' mendapat tumpuan orang ramai dan baru-baru ini lagunya 'Lenyap' berjaya mara ke pusingan akhir muzik-muzik.

Untuk tahun 2021 ini, Usop melancarkan single terbarunya berjudul 'Sejarah Cinta Ku'. Lagu ini dikaryakan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli dan liriknya pula adalah hasil kerjasama antara Haqiem Rusli dan Dato A.Aida. Lagu ini mengisahkan tentang kekecewaan seseorang itu terhadap pasangannya yang masih belum dapat melepaskan hatinya terhadap pasangannya yang sebelum ini. Walaupun sekian lama mencuba namun beliau masih tetap mengharap.

Lagu Sejarah Cinta Ku merupakan runut bunyi kepada drama Akasia : Kisah Cinta Kita yang disiarkan bermula 26 November, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam. Lagu Sejarah Cinta Ku sesuai dengan jalan penceritaan drama 28 episod ini kerana ia mengisahkan tentang realiti kehidupan tentang pasangan muda.

Lagu Sejarah Cinta Ku ini sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran  dan muzik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Turut disertakan ialah lirik lagu Sejarah Cinta Ku.

Artis             : Usop
Tajuk            : Sejarah Cinta Ku
Komposer    : Haqiem Rusli
Penulis lirik : Haqiem Rusli & Dato A.Aida

VERSE 1

Aku tak bisa
Melihat kau masih lagi bersama dia
Sampai bilakah hati ini kan terluka
Hidup dalam kepedihan

CHORUS 

Ku tuliskan lagu ini
Tok buat engkau berfikir
Betapa peritnya rasa
Jiwa terus dipersia
Dimanakah kesetiaan

Janji…kita
Engkau berjanji tuk lupakan dia

VERSE 2

Hari ke hari
Dan hingga kini aku masih memikirkan
Sampai bilakah Kisah Cinta Kita ini
Akan terus oh begini…

CHORUS 2

Ku tuliskan lagu ini
Tok buat engkau berfikir

Betapa peritnya rasa
Jiwa terus dipersia
Dimanakah kesetiaan

Janji..kita.....
Engkau berjanji tuk lupakan dia

BRIDGE

Seakan hati terusik
Ku akan terus menanti
Diwaktu malam yang sunyi
Sendiri aku disini

CHORUS 3

Dan ku tuliskan lagu ini
Tok buat engkau berfikir
Betapa peritnya rasa
Jiwa terus dipersia
Dimanakah kesetiaan
Janji kita...
Kau berjanji tidak akan mengulangi semula
Inilah kisah sejarah cintaku

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment