Tragedi Cinta - Lagu Duet Tajul & Wany Hasrita

TRAGEDI CINTA merupakan gabungan paduan suara terkini Wany Hasrita dan Tajul setelah single duet terakhir mereka AKU SERIUS pada tahun 2018. Sebelum ini timbul khabar keretan hubungan persahatan mereka 3 tahun lalu. Mereka yang pernah digosipkan bersama telah membawa haluan dengan single solo masing-masing setelah dikatakan putus hubungan dan gosip tersebut berakhir apabila Tajul disahkan telah mendirikan rumah tangga.

Keserasian mereka dalam lagu dikatakan seolah-olah meneruskan legasi duet Allahyarham Achik Spin dan Nana. 

Judul Single Duet Wany Hasrita & Tajul :

  • Di sana Cinta Di Sini Rindu
  • Rindu Dalam Benci 
  • Aku Serius

Istimewanya single duet ke 4 mereka ini adalah kerana mereka menyanyikan Kembali lagu duet popular Achik dan Nana – TRAGEDI CINTA Ciptaan Eddie Hamid dan Radeen Sri.

Bila ditanya kenapa mereka ingin berduet Kembali dan kenapa Tragedi Cinta?

Kenapa tidak, kerana kami pernah berduet bersama dan kali terakhir 3 tahun lepas. Tentunya ramai peminat yang menantikan kemunculan single duet terbaru kami. Niat kami selain untuk mengubat kerinduan peminat mendengar kami berduet lagi, kami juga ingin mengembalikan nostalgia masa lalu. Lagu ini juga sedap didengar” kata Wany Hasrita

Menurut tajul pula “ramai yang request tajul Kembali berduet dengan Wany, so bila diskus dengan FMC Music, mereka mencadangkan kami lagu Tragedi Cinta, Bila dengar balik lagu ni terus Tajul cakap Yes dan Wany juga bersetuju. Secara peribadi Tajul pun suka lagu ni dan Tajul juga suka berduet dengan Wany dalam lagu kerana bagi tajul suara Wany sedap dan vokal kami sangat serasi bila digabungkan”.

Bila menyentuh tentang situasi sewaktu mereka Kembali merakamkan lagu duet ini keduanya bersependapat bahawa mereka harus lebih bersikap terbuka dan professional membandingkan hal peribadi dan kerja. Tambahan pula kini Tajul dah berumah tangga dan tiada perkara lagi yang perlu diungkitkan. Semuanya hanyalah tentang kerja dan demi peminat sahaja.

Kami juga tak kisah jika ada yang nak banding bandingkan vokal kami dalam lagu ni dengan penyanyi asal, kerana Achik itu abang saya dan sedikit sebanyak mesti ada sedikit persamaan tetapi bukan bermakna saya tiru cara nyanyian Achik. Dan saya percaya bahawa suara wany juga sangat merdu dan tak sama cara nyanyian Wany dan Nana. Mereka berbeza dan saya bersyukur dapat duet dengan Wany dalam lagu ni, saya suka dengar suara Wany, sedap dan merdu.”- Tajul

Menurut Wany pula, “Jangan banding bandingkan, kerana bagi Wany yang lama tetap istimewa. Kami menyanyikan Kembali lagu ini dengan cara dan keserasian kami tersendiri

Selain Tajul, Wany Hasrita juga menyimpan hasrat untuk berduet di dalam sebuah single bersama Misha Omar selain rakan baik beliau Wani Syaz. TRAGEDI CINTA – WANY HASRITA & TAJUL  ini telah dilancarkan di semua platform bermula 9hb Disember 2021 dan telah mencatat jumlah hampir 400 ribu tontonan setelah 6 hari di lancarkan dan kini telah pun trending.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment