12 Lagu Ke Anugerah Juara lagu 36

Akhirnya penantian peminat muzik tanah air berakhir selepas keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 36 telah diumumkan pada 1 Januari 2022 lalu.

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dimeriahkan oleh NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama. Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Iman, 30 buah lagu telah bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir yang bersiaran secara langsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.

Episod pertama diserikan dengan persembahan istimewa daripada Zynakal, Lia Aziz, Asyraf Nasir, Muss dan Drama Band manakala episod kedua dirancakkan dengan nyanyian hebat daripada Margaswata (Yang Asli), Estranged (Itu Kamu) dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo (medley Haram/Bagai Cahaya).

Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail dan disertai oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka dalam kedua-dua episod separuh akhir ini dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung. Pemenang Lagu Pilihan Noir (Nafas Cinta) diumumkan di hujung rancangan pada 1 Januari 2022 telah memeangi set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.

Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 36 :

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

MIMPI

HAQIEM RUSLI

HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 

HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 

SEPI

AINA ABDUL

AINA ABDUL

AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

NAFAS CINTA

KHAI BAHAR & AINA ABDUL

KHAI BAHAR & AINA ABDUL

AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

BONEKA

ERNIE ZAKRI

OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

PURNAMA 

NAIM DANIEL

AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL

AMZAR RAZQA

PELUKAN ANGKASA

SOG X SHILA AMZAH

RAJA NAZRIN SHAH

FAZLEENA HISHAMUDDIN

INTAN PAYUNG

NORANIZA IDRIS & BUNGA

LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA

BUNGA & SIQMA

SALAHKU 

YONNYBOII

YONNYBOII

YONNYBOII

AEWO

SHIHA ZIKIR FT NOKI

EZRA KONG

EZRA KONG & NOKI

LARA

HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

HAEL HUSAINI & MFMF

HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

ANGKARA

SITI NORDIANA

SHARON PAUL

FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS

CINTA

MARSHA MILAN

BUNGA CANTIK & HANG NADIM

HANG NADIM


Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai oleh Rusell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #SFMM36 #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Alhamdulillah lagu kegemaran kita dapat masuk AJL.. kita sokong Aina Abdul Go Aina..

    ReplyDelete