HBO GO Menayangkan Trailer Rasmi Untuk 8 Episod Filem PEACEMAKER

HBO GO mendedahkan treler rasmi untuk Peacemaker, lapan episod yang akan ditayangkan pada hari Khamis, 13 Januari 2022. 

Peacemaker, dibintangi oleh John Cena sebagai watak eponymous yang akan meneroka asal usul watak pertamanya yang telah dibawakan dalam filem James Gunn 2021, The Suicide Squad, dan kini tersedia di HBO GO. Peacemaker adalah seorang yang sangat sombong yang hanya percaya kepada keamanan walau apa cara sekalipun, tidak kira ramai orang yang perlu dibunuhnya untuk mendapatkan keamanannya.


Siri ini turut dibintangi oleh Danielle Brooks sebagai Adebayo, Freddie Stroma sebagai Vigilante, Holland sebagai Harcout, Steve Agee sebagai Economos, Chukwudi Iwuji sebagai Murn, dan Robert Patrick sebagai Auggie Smith.

Gunn menulis kesemua lapan episod Peacemaker dan mengarahkan lima episod. Gunn, Peter Safran dan Matt Miller berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dalam siri ini, dan Cena sebagai penerbit eksekutif bersama. Berdasarkan watak dari DC, Peacemaker diterbitkan oleh Gunn's Troll Court Entertainment dan The Safran Company dalam kerjasama dengan Warner Bros. Television.

Strim atau muat turun Peacemaker mulai 13 Januari dan jangan lupa untuk kenali watak ini terlebih dahulu dalam filem Gunn 2021, The Suicide Squad, yang kini boleh didapati di HBO GO. Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.com/ atau aplikasi mudah alih melalui App Store dan Play Store dengan harga serendah RM23.30/bulan. Anda juga boleh mengakses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment